Kolaj Picture


Picture that i like most.. lovely syg.. I luv U so Much...

Yus & Rosy @ KLCC - extended

Kedatangan yg tak dirangcang..! begitulah yg boleh aku 'describe' ttg trip ke KL kali ini. Keputusan utk ke sana hanya aku buat dlm tempoh kurang dari 24jam. Terjadi disbbkan kekosongan tempat duduk dlm van Kelab penyokong Siber Bolasepak Kelantan (www.kelate.net) utk menyaksikan perlawanan Liga Super antara KL Plus dgn Kelantan di Stadium Cheras. Terpikir yg Cheras tu dkt sgt dgn rumah Rosyku. So.. apalagi, byr je RM50.. sampailah aku ke KL hehe.

Selain tu, aku jg ada task utk diselesaikan di Ampang berkaitan bisnes aku & memenuhi jemputan jamuan makan ;). Alhamdulillah.. smuanye setel dlm masa satu hari. Yg paling terkesan dlm memori.. mestilah saat2 bersama org paling aku syg kan.. mcm biasa.. tmpt paling regular = KLCC.

Kali ni x tgk wayang sbb masa suntuk sgt. Byk habiskan masa bergmbar di Taman Suria KLCC, mkn2 & shoping Hand Bag utk hantaran bakal isteriku Rosyuhaidah Mustapa. Alhamdulillah, pembelian yg berbaloi sbb tgh ada SALE!!

Dlm pukul 7mlm, kami bertolak ke Stadium Bolasepak Cheras, Rosy nk tgk bola jgk?? mcm x percaya hehe.. tp xpe.. "Syg boleh ikut.. tp syg kena paham B ada tugas kat stadium nnti.. B kena ambik gambar game tu & B xleh lyn syg sgt tau....?" - Terima kasih, Sygku mmg seorang yg sgt memahami! I Love U so Much..!

Pasal bola mlm tu.. Red Warriors kalah lg buat kali ke 5 berturut2.. sedih tp masih menaruh kepercayaan tinggi terhadap kebangkitan Kelate slps ini. Go More Kelate Go More



X-cident


Alahai.. pg 14hb. Mei 2009 aku dpt mms dari Rosy.. "B.. kereta syg excident..". Kereta ni xsampai lg 2 minggu guna.. dh excident. Tp dah takdir.. Excident tu jd masa ayah Rosy bwk nk gi jemput Rosy kat terminal putra. Langgar blkg lori. X lah teruk sgt.. tp nk repair tu terbanglah jgk RM500 lebih. Nanti syg kena wat solat hajat k... Jgn sedih2. be carefull masa drive lps ni.

Rosy @ KayBee

Sygku Rosy kini di KB.. tp bukan lg utk kekal disini bersamaku. Hanya utk 2 hari sahaja bg menghadiri sesi temuduga di Kolej PTPL caw. Kota Bharu utk jawatan Tutor subjek Finance. Sesi temuduga kul 10pg hari Selasa 12hb. Mei 2009. Rosy tiba dr KL jam 5.10pg lg. So, akulah yg wajib menjemputnya di terminal transnasional pd pg tu.. sbb aku syg Rosy.. mana bleh bg org lain jemput kan ;)

Slps rehat2 di rumahku, jam 9.30pg kami bergerak ke PTPL .. dkt je, x sampai 15 minit dh sampai kolej tu. Aku teman Rosy hingga selesai sesi temuduga. Alhamdulillah, nmpk ada peluang & positif feedback dr penemuduga. Kami sama2 mengharap & berdoa moga impian Rosy utk bekerjaya di Kelantan tercapai... Amiin.

Lps tu kami bergerak ke mana ek.. oooh ya, kami gi melancong ke Pusat Songket di Jln PCB (Cik Minah Songkek) sbb nk beli songket lah kan, xkan nk beli kek pulak hahaha. Nk beli sehelai je utk aku pakai masa Akad Nikah 11hb. Julai 2009 nnti. Duit dah lama dpt, terima kasih Sygku Rosy.. lama jgk membelek2 sblum berkenan dan beli, and then ranap RM280 hehehe.

Perut lapar pulak... lokasi Lunch aku pd tghari tu di Hayaki Cafe jln kebun sultan. Lama dh aku xmkn situ, pekena nasi bungkus hayaki. Syg plak mkn chiken chop (sos manis lah plak hehe) manis mcm Rosy lah kan.. hope syg happy dgn B pd hari tu.

After lunch, aku bwk Rosy check in hotel kat tepi sungai kelantan - Hotel Ridel. Aku plak chow gi keje..

Aku habis keje jam 10mlm terus pegi jemput Rosy kat Ridel utk bwk dia gi dinner (late dinner). tempat yg au nk bwk ni blum pnh lg Rosy dtg.. Kat mana tu?? tempat nih dh lama glamour bg yg tahu.. Food Village jln Pengkalan Chepa. Mkanan nye ialah Chim Chum (betul ke x ejaan ni) mknn buffet syle RM15 satu kepala. Mkn lah sebanyak mana pun. Tp apakah itu chim chum ni?? benda nye lbih kurang steamboat lah.. cuma dapurnye je lain.. x reti nk describe lah.. sng2 tgk je lah gmbr kat bwh ni k ;)

photo by arifoto

Aku igt lg dulu aku pnh mkn tempat ni dgn kwn2 aku.. & aku bgtau Rosy pasal tempat ni, so aku berjanji dlm diri aku nk bwk Rosy tempat ni satu masa nnti. Akhirnya, hari tu tercapai jgk hajat aku. Nmpk Sygku happy.. mkn sampai kenyang sgt2 dia ckp hehe ;). Tp yg mkn paling byk.. sapa lg kalau bkn aku. Lgpun aku mmg lapar tahap gaban mlm tu :p

Hari esoknya pulak kami jln2 pusing bandar, after check out Hotel Ridel.. lunch kat kedai nasi paku kat berek 12. Then gerak ke kedai perabot nk tgk2 almari utk bilik kami nnti, konpem satu almari tu.. saiz besar dgn harga yg berbaloi. Solat zohor kat KbMall... lps tu gi Celcom center jap, tukar kad sim Rosy ke sim 3G.

Kami bergerak balik umah aku lbih kurang kul 5.30 camtuh. Aku nk gi keje jap sblum nk hantar Sygku naik bas pulang ke KL jam 11mlm nnti.

Mlm di saat2 berpisah amat sedih, tp apa leh buat.. cinta jarak jauh mcm ni kena sabar lah kan. Terima kasih Syg.. Rosy adlh cinta yg terbaik buat B..

Slmt berangkat pulang.. Take Care..

Perhentian

Perahu, bot, ombak, pasir, laut biru, jeti, pelancong... itulah perkara2 yg boleh aku kaitkan utk menggambarkan aku berada di pulau. Perhentian Island.. inilah kali ke-3 aku menjejakkan kaki ke sini. Kali ini destinasi ku ke pulau kecil atau lebih dikenali dgn nama Long Beach (xde lah pjg sgt). Aku bersama 3 rakan lain (arif, piru & duba) dah lama sgt planning utk ke sini sejak tahun 2008 lg. At last, kami sampai jg akhirnya pada tghari 20hb. Mac 2009.

Bertolak dr jeti Kuala Besut naik bot laju dgn tiket RM70 (pegi balik). 20 minit je dh sampai ke pulau kecil. Sambil duduk2 dlm bot, sempat jgk sikit sebyk menembak dgn DSLR aku. Memang trip ni pun sbnrnya plan utk ambik gambr keindahan pulau.

Sampai je kat pulau kitaorg terus cari chalet matahari yg dh di book awl2 lg. Apa2 pun nk cek in dulu sblum main air laut. X lupa jg sesi isi perut... mmg tgh tahan lapar dari kuala besut lg sbb pg td x ambik breakfast. Alang2 nk ke pulau, mestilah nk mkn kat pulau kan hehe...

Lps selesai melantak, kitaorg bersiap2 utk gi snokling (btul ke eja ni?). Kami nk nyelam dkt dgn jeti yg byk berbatuan sbb nk jimat kos, malas nk sewa bot RM30 satu kepala x termasuk alat2 menyelam lg. So, kitorg hanya duk nyelam kat tepi2 je lah kan.. sewa gogle RM5, kaki itik RM5 & life jacket RM5 = RM15 habis utk menyelam sahaja x kira lg roti2 sbb nk bg ikan mkn. Menyelamlah kitaorg sampai kul 5ptg lebih2 sikit.

Lps je bersiram kat chalet, aku & geng kuar lg bersama DSLR masing2 sbb nk capture sunset moment...

bersambung

Yus & Rosy @ KL - membeli belah barang2 hantaran

Seperti perancangan asal yg sudah di plan bersama. Sempena genap umur ku 31, aku bercuti2 malaysia kat KL (7-9 Feb. 2009) utk menemui insan tersayang. Nama nya Rosy ;). Lama jgk x berjumpa, seingat aku sebulan je lah kot hehe (lama lah sgt..).

Apa lg kan, standard lah kalu dtg kl, KLCC mmg kami x missed punya. 1stly, panggung wayang lah sasarannye.. lps tu jln2 cari makan sambil mengUsha brg2 hantaran. Yg pertama sekali adlh jam tangan kami berdua, jenama x menjadi pilihan utama.. kriteria terpenting mestilah cantik, menarik & pelik skit dr yg lain (yg pelik ni utk aku je)

ini bukan jenama jam tangan!

Saat bersama Rosyku amat bermakna wlpun 3 hari je kita berbelangkas hehe.. x sabar nk tunggu BIG DAY kita.. kan.. kan syg kan


DSLR CAMERA - D70 by Nikon

Kini kau kumiliki
Sejarah tercipta sbb aku memaksa diri aku utk membeli camera yg semahal ini (kira murah sbnrnye sbb ada yg lg mahal) bg seseorg yg tidak sgt berduit mcm aku ni. Tanggal 8hb. Nov 2008, mudah.com.my tlh menemukan aku dgn camera ni. Saudara Mohamad Zaki b. Gering dr Kuala Selangor tlh bertekad utk menjual camera ni stlh lama menyimpan & jrg2 digunakan. Dgn shutter count masih lg di tahap rendah (<1000).

PERTUNANGANKU 25 OKT. 2008

Detik yg paling dramatis & langkah pertama sebelum menjadi suami org telah berlangsung dgn meriah berkali2 pada tanggal 25hb Oktober 2008. Bertempat di rumah Ayah Bonda tunangku Rosyuhaidah Bt. Mustapa, Dewan kecil Flat PPR, Cochrane, Jln. Peel, Kuala Lumpur. Sbgmana dirancang, majlis berjalan dgn lancar sekali. Syukur Alhamdulillah.



Ketibaan kami tepat jam 11.30pg dgn perarakan kecil pembawa2 Hantaran Pertunangan berjumlah 5 dulang smuanya termasuklah Sireh Junjung penyambung adat. Bertemakan warna biru air laut, kenampakkan kami begitu sedondon semasa kami berarak masuk ke tempat majlis. Sambil aku bersahaja yg juga lengkap berbaju melayu warna biru air laut bersama camera Nikon D60 yg ku pinjam dari kwn, menjalankan tanggungjwb merakamkan memori bersejarah dlm bentuk digital kaku. Manakala adikku pula bersama videocam nye merakamkan detik demi detik dlm bentuk digital bergerak (video digital).



Lebih kurang 8 buah kereta mengiringi majlis pertunangan ku ini. Kira2 8 kereta x 5 org = 40 org saudara mara terdekatku tampil bersama memeriahkan majlis ini. terima kasih x terhingga kpd yg sudi dtg. Terutama Abg Ju (Sepupu) bersama Ibunya yakni Ibu Saudaraku Mak Ngah yg dtg dr Kelantan & juga Pak Do bapa saudaraku yg dtg jauh dr Kuala Terengganu. Yg lain2nya adalah saudara mara yg telah bermastautin lama di Kuala Lumpur.

Ini lah 1st time aku bertunang hehe mmg lah kan. Nak ckp berdebar sgt.. xde lah jgk.. cuma ada sikit rasa kesyahduan & terharu bila merasa diri ini tlh berstatus Tunang kpd kekasih yg di cintai Rosyuhaidah Mustapa ;). Bertunang jg kami akhirnya, setelah hampir 2 tahun berkenalan.
Pemilihan tarikh 25hb. oktober adalah bersempena tarikh lahir Rosy ku. InsyaAllah mudahlah igt di masa akan dtg ye...

Jamuan yg dihidangkan pd majlis itu sungguh membuka selera yg mana majoriti saudara mara ku amat memuji masakan & menu yg disediakan. Aku plak xde selera sgt nk mkn (bkn sbb x suka makanan yg ada), maklumlah majlis pertunangan sendiri. Kurang selera mkn jg dikongsi bersama Ibuku.. dia jg sama spt ku yg lebih concerntrate memikirkan ttg majlis & tetamu berbanding Makan ;).



Selepas itu, kami kedua2 belah pihak telah bersetuju menetapkan tarikh perkahwinan kami iaitu pada bulan Julai 2009. Tarikh sebenar belum diputuskan lagi. Oleh yg demikian. hanya tinggal lebih kurang 9 bulan lg utk aku bersedia dari segi mental & fizikal, zahir & batin bg menyediakan segala keperluan yg sepatutnya menjelang perlantikanku utk Jawatan baru sebagai seorang SUAMI.

Doakan agar Aku berjaya menempuhi dugaan yg mendatang! Aminnnn...






Comelkan Tunang Ku ini ;)